Friday, 4 November 2016

SEKAPUR SIRIH


SEKAPUR SIRIH PENAUNG PIBG SK LAGUNA MERBOK


YB SENATOR PUAN SHAHANIM BINTI MOHAMAD YUSOFF 
SDK., AMK., BKM., BCM., JP.

.::Penaung PIBG SK Laguna Merbok::.


Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya maka pada hari ini Isnin, 11 hb. April, 2016 Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Laguna Merbok telah berjaya mengadakan dan melancarkan laman webnya.

Syabas dan sekalung tahniah diucapkan kepada Encik Sukri Bin Jusoh selaku Yang DiPertua PIBG SK Laguna Merbok dan rakan-rakan di atas usaha murni dan inisiatif dalam merealisasikan laman web ini di dalam tempoh yang singkat. Terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan dan Guru-Guru yang telah memberi kerjasama serta sokongan. Diharapkan momentum sedemikian akan terus dikekalkan.

Kewujudan laman web ini adalah tepat pada waktunya kerana ia membuktikan PIBG SK Laguna Merbok melangkah seiring dengan kemajuan ICT dan teknologi dewasa ini. Namun, yang lebih utama ialah kewujudan laman web ini sebagai wadah PIBG, guru dan ibubapa berkomunikasi dan berkongsi maklumat. Perkongsian maklumat yang tepat dan cepat antara PIBG, guru dan ibubapa serta penjaga adalah signifikan untuk semua pihak demi memajukan murid-murid dan sekolah.

Akhir kata, saya berharap dan berbesar hati sekiranya PIBG, guru dan ibubapa warga SK Laguna Merbok dapat bersama-sama memanafaatkan sepenuhnya laman web yang diadakan. Kami mengalu-alukan jika sekiranya ada sebarang idea atau cadangan bernas mahupun sebarang kritikan konstruktif agar sama-sama kita dapat membangunkan kecemerlangan anak-anak kita dalam merealisasikan wawasan untuk melahirkan modal insan demi kemajuan bangsa, agama dan negara.

Sekian, terima kasih, salam hormat dan wassalam.




SEKAPUR SIRIH PENASIHAT PIBG SK LAGUNA MERBOK



EN. ZAMURI BIN LADENING 
GURU BESAR SK LAGUNA MERBOK

.::Penasihat PIBG SK Laguna Merbok::.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Kedah Rata-rata.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang mengisi ruang dalam laman Web PIBG SK Laguna Merbok yang akan dilancarkan pada 11 April 2016 ini.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada barisan kepimpinan PIBG kerana telah berjaya mewujudkan laman web ini. Harapan saya dengan adanya laman web ini segala informasi terkini tentang sekolah dapat disalurkan dengan lebih cepat dan berkesan kepada ibu bapa. Laman web ini juga merupakan satu platform kepada ibu bapa dan guru melihat perkembangan murid-murid SKLM. Saya juga berharap laman ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak dan bersama-samalah kita menyumbang idea bagi memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini.
Akhir kata, semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturrahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkatkan kemajuan dan kecemerlangan sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.
Sekian, terima kasih.

‘PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG’


SEKAPUR SIRIH PENASIHAT PIBG SK LAGUNA MERBOK



EN. MOHD SUKRI BIN JUSOH, B.C.K.
.::YDP PIBG SK Laguna Merbok::.


Assalamualaikum.
Salam Sejahtera dan Salam 1SKLM.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, maka pada tahun 2016 ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SK Laguna Merbok telah dengan julung kalinya berjaya menyediakan dan melancarkan laman web ini.
Syabas dan sekalung tahniah diucapkan kepada Encik Che Amran selaku Admin Website, PIBG SK Laguna Merbok dan Ahli Jawatankuasa PIBG di atas usaha murni dan inisiatif dalam merealisasikan laman web ini di dalam tempoh yang singkat. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Zamuri bin Ladening, Guru Besar SK Laguna Merbok dan guru-guru yang telah memberi kerjasama serta
sokongan. Diharapkan momentum sedemikian akan terus dikekalkan.
Kewujudan laman web ini adalah tepat pada waktunya kerana ia membuktikan PIBG SK Laguna Merbok melangkah seiring dengan kemajuan ICT dan teknologi multimedia semasa. Namun, yang lebih utama ialah kewujudan laman web ini sebagai wadah PIBG, guru dan ibubapa berkomunikasi dan berkongsi maklumat. Perkongsian maklumat yang tepat dan cepat antara PIBG, guru dan ibubapa serta waris pelajar adalah signifikan untuk semua pihak demi memajukan murid-murid dan sekolah.
Saya berharap dan berbesar hati sekiranya, PIBG dapat memberikan input yang berguna serta dapat bersama-sama memanfaatkan sepenuhnya laman web yang diadakan ini untuk sebarang aktiviti sekolah serta PIBG SK Laguna Merbok. Saya juga mengalu-alukan, jika sekiranya ada sebarang idea atau cadangan bernas mahupun sebarang kritikan konstruktif agar sama-sama kita dapat membangunkan kecemerlangan anak-anak kita dalam merealisasikan wawasan untuk melahirkan modal insan demi kemajuan bangsa, agama dan negara.
Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment